Logo Askar Wataniah
Askar Wataniah Portal Rasmi Askar Wataniah
Amanat Pimpinan

Kata-kata Aluan

Mohamed Khaled Nordin

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin

Menteri Pertahanan Malaysia

Lokman Hakim bin Ali

YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan

Jeneral Tan Sri Dato' Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman

Jeneral Tan Sri Dato' Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman

Panglima Angkatan Tentera

Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman

Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman

Panglima Tentera Darat

Mohamad Suria Mohamad Saad

Lt Jen Dato' Mohamad Suria bin Mohamad Saad

Timbalan Panglima Tentera Darat

Mohammad Razeif Che Ahmad

Mej Jen Dato' Mohammad Razeif bin Che Ahmad

Asisten Ketua Staf Pasukan Simpanan

Mohamed Khaled Nordin

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin

Menteri Pertahanan Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Platform Digital (Portal) Rasmi Askar Wataniah ini dapat diterbitkan sebagai medium promosi, penghargaan dan rujukan terhadap kepentingan peranan Askar Wataniah dalam sistem pertahanan negara.

Penerbitan portal ini amat bertepatan dengan hasrat Kementerian Pertahanan untuk memperkukuh konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH), di mana penglibatan rakyat melalui Askar Wataniah menjadi pemangkin kepada ketahanan nasional yang holistik. Ianya bukan sahaja merakam sejarah and pencapaian Askar Wataniah, malah mengetengahkan aspirasi masa hadapan selaras dengan persekitaran keselamatan yang semakin mencabar dan dinamik.

Saya berharap portal ini dapat menjadi sumber rujukan yang bermanfaat kepada semua kementerian-kementerian kakitangan awam, swasta, institusi-institusi pendidikan dan masyarakat umum dalam memahami peranan serta sumbangan besar Askar Wataniah kepada negara. Sesungguhnya, pengiktirafan terhadap jasa dan bakti Askar Wataniah adalah tanggungjawab bersama dalam memupuk semangat cintakan negara.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan portal ini. Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin dan inspirasi kepada generasi akan datang.

Sekian, terima kasih.

Askar Wataniah, Berkhidmat Untuk Negara

Selangor

Penempatan Rejimen Siri 500: