Logo Askar Wataniah
Askar Wataniah Portal Rasmi Askar Wataniah

Bahagian Pasukan Simpanan (BPS)

Sejarah Penubuhan

Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) berada bawah pemerintahan Markas Tentera Darat dan bertanggungjawab dalam hal-hal Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD). BPS tidak mempunyai sebarang pasukan bawah perintah. Semua pasukan AW diletakkan bawah perintah Markas Formasi setempat. BPS hanya mempunyai kuasa teknikal dalam hal-hal perancangan dan pembangunan, latihan, pentadbiran, perundangan, logistik dan juga kewangan.

Selaras dengan keperluan negara bagi pembesaran Tentera Darat, pasukan sukarela telah disusun semula dengan menggubal undang-undang TA Ordinance, TA (Terms of Services) Regulation 1959 dan TA (Pay and Allowance) Rules 1959. Sehubungan itu, Cawangan AW ditubuhkan secara rasmi pada Januari 1959 dengan kekuatan hanya 6 pegawai turus dan seorang pegawai awam. Pengarah AW pertama ialah Kol Yeop Mahidin bin Mohamed Sharif.

Perkembangan AW berlaku dengan pesat dengan pertambahan anggota menyebabkan keperluan perjawatan pegawai dan anggota untuk melancarkan pentadbiran dan pengurusan AW yang meliputi kawalan dan keanggotaan sukarela, latihan, kewangan, disiplin, logistik, kerahan dan hal-hal kor dan rejimental. Ini menyaksikan kewujudan Jabatanarah AW (JAW) pada tahun 1978 dengan perjawatan seramai 11 pegawai. JAW disusun semula agar dapat berperanan sebagai sebuah Cawangan Pasukan Simpanan (CPS) dengan lebih efektif selaras dengan peranan dan tugas sebenarnya. Namun CPS yang diwujudkan secara ad hoc ini masih mengekalkan perjawatan mengikut FED (M)/3024 (B) 15/79. Sehubungan itu, CPS telah distruktur semula kepada BPS pada 1 Januari 1994 agar dapat merealisasikan Dasar Pertahanan Negara.

Organisasi BPS

Selangor

Penempatan Rejimen Siri 500: