Logo Askar Wataniah
Askar Wataniah Portal Rasmi Askar Wataniah
Mengenal Askar Wataniah

Mengenai Kami

Teras Kami

Visi, Misi & Peranan

Visi

Membangunkan Askar Wataniah (AW) yang kredibel dan seimbang.

Misi

Membantu Angkatan Tetap mempertahankan negara serta kepentingannya daripada ancaman luar, serta membantu Pihak Berkuasa Awam (PBA) dalam mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara di mana sahaja keselamatan negara memerlukannya.

Peranan

Membantu angkatan tetap semasa kecemasan, mengaugmentasi angkatan tetap bagi pertahanan negara, serta melindungi infrastruktur dan keselamatan tempatan.

Lambang Kemegahan

Logo Askar Wataniah

Logo Askar Wataniah

Logo Askar Wataniah melambangkan kesiagaan dan semangat juang pahlawan yang tidak pernah luntur. Setiap warna dan simbol pada logo membawa maksud yang mendalam dalam mendukung falsafah Berkhidmat Untuk Negara.

  • Merah: Keberanian dan keperwiraan.
  • Hijau: Kesetiaan kepada agama, bangsa, dan negara.
  • Kuning Emas: Kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Lagu Askar Wataniah

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Lirik Lagu

Ini satu harapan
Dari barisan sukarelawan
Penuh semangat dan keyakinan
Berdiri sebagai pahlawan


Mari muda dan mudi
Sahutlah seruan pertiwi
Tak kenal keturunan ataupun bangsa
Berkhidmat dengan bangganya


Kamilah sukarelawan
Juga sukarelawati
Kami rela berhadapan
Berundur tak sekali-kali


Ini azam dan janji
Menjadi satu sumpahan kami
Taat dan bersedia setiap masa
Berkhidmat untuk negara

Sejarah Pasukan

Sejarah Askar Wataniah

Sejarah Askar Wataniah

Pasukan Askar Wataniah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Jun 1958 berikutan pembubaran Home Guard dan penyusunan semula pasukan pertahanan tempatan sukarela. Sejarah pasukan sukarela ini berakar umbi sejak tahun 1854 melalui penubuhan pasukan sukarela awal seperti Penang Volunteers, Malay State Volunteer Rifles (MSVR), dan pasukan penentang Force 136.

Kolonel Dato' Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff diiktiraf sebagai Bapa Pengasas Askar Wataniah yang menerajui pembentukan awal pasukan benteng kedua pertahanan tanah air ini.

Sejarah Wataniah Sejak 1958

1. Rejimen Siri 500 (Elemen Tempur)

Mempunyai peranan sama seperti batalion infantri dalam Angkatan Tetap. Terdapat 16 Rejimen Siri 500 di seluruh Malaysia yang ditempatkan mengikut negeri:

Zon Utara

Rej 504 AW (Perlis), Rej 513 AW (Kedah), Rej 509 AW (Pulau Pinang), Rej 503 AW (Perak)

Zon Tengah & Selatan

Rej 502 AW (Selangor), Rej 515 AW (Kuala Lumpur), Rej 508 AW (Negeri Sembilan), Rej 514 AW (Melaka), Rej 501 AW (Johor)

Zon Pantai Timur

Rej 505 AW (Pahang), Rej 512 AW (Terengganu), Rej 506 AW (Kelantan)

Zon Sabah & Sarawak

Rej 507 & 516 AW (Sabah), Rej 510 & 511 AW (Sarawak)

Lokasi Penempatan Siri 500

Sila layangkan tetikus (hover) pada mana-mana negeri untuk melihat maklumat Rejimen Askar Wataniah Siri 500 setempat.

Peta 3D Malaysia Infographic

Direktori Pasukan Siri 500

No Rejimen Mk / Batalion Lokasi Kem
1
  • Mk Rej & Batalion 1
  • Batalion 2
  • Batalion 3
  • Komp C Batalion 3
  • Kem Tebrau, Johor
  • Kem Jalan Joned, Muar
  • Kem Jalan Hospital, Kluang
  • Kem Sri Pantai, Mersing
2
  • Mk Rej & Batalion 1
  • Batalion 2
  • Batalion 3
  • Kem Sungai Buloh, Selangor
  • Kem Seksyen 16, Shah Alam
  • Kem Sabak Bernam
3
  • Mk Rej & Batalion 1
  • Batalion 2
  • Batalion 3
  • Kem Jalan Raja DiHilir, Ipoh
  • Kem Taiping
  • Jalan Kelap, Teluk Intan
4 Mk Rej & Batalion 1, 2, 3 Kem Bukit Keteri, Kangar
5
  • Mk Rej & Batalion 4
  • Batalion 1
  • Batalion 2
  • Batalion 3
  • Kem Force 136, Pekan
  • Kem Telok Sisik, Kuantan
  • Kem Susur Tembeling, Jerantut
  • Kem Puncak Mas, Raub
6
  • Mk Rej & Batalion 1
  • Batalion 2
  • Batalion 3
  • Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu
  • Kem Machang
  • Kem Sg Durian, Kuala Krai
7
  • Mk Rej
  • Batalion 1
  • Batalion 2
  • Batalion 3
  • Kem Bukit Perwira, Kota Kinabalu
  • Kem Paradise, Kota Belud
  • Kem Raksa, Labuan
  • Kem Harington, KK
8
  • Mk Rej & Batalion 1
  • Batalion 2
  • Batalion 3
  • Komp B Batalion 3
  • Kem Rasah, Seremban
  • Kem Port Dickson
  • Kem Tampin
  • Kem Kuala Pilah
9
  • Mk Rej & Batalion 1
  • Batalion 2
  • Batalion 3
  • Kem Lebuhraya Peel, George Town
  • Kem Butterworth
  • Kem Nibong Tebal
10
  • Mk Rej & Batalion 1
  • Batalion 2
  • Batalion 3
  • Kem Sri Rejang, Sibu
  • Kem Kuala Segan, Bintulu
  • Kem Sri Miri
11
  • Mk Rej & Batalion 1
  • Batalion 2
  • Batalion 3
  • Kem Ria, Kuching
  • Kem Pakit, Sri Aman
  • Kem Sematan, Lundu
12
  • Mk Rej & Batalion 1
  • Batalion 2
  • Batalion 3
  • Kem Padang Midin, Kuala Terengganu
  • Kem Sri Tembila, Besut
  • Kem Bukit Kuang, Kemaman
13
  • Mk Rej & Batalion 3
  • Batalion 1
  • Batalion 2
  • Kem Bukit Pinang, Kepala Batas
  • Kem Jalan Kolam Air, Sg Petani
  • Kem Jalan Bukit Awi, Kulim
14 Mk Rej, Batalion 1, 2, 3 Kem Bukit Beruang, Melaka
15 Mk Rej, Batalion 1, 2, 3 Jalan Buku Lima, Kuala Lumpur
16
  • Mk Rej & Batalion 1
  • Batalion 2
  • Batalion 3
  • Kem Kukusan, Tawau
  • Kem JPG, Lahad Datu
  • Kem Sri Kinabatangan, Sandakan
Elemen Pasukan Pakar

Pasukan Pakar Askar Wataniah

2. Elemen Pasukan Pakar

Dianggotai oleh golongan profesional yang memiliki kemahiran teknikal kritikal bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan penting negara (essential services) semasa krisis:

56 RSPT
56 RSPT (AW)

Rejimen Semboyan Pakar Telekom (AW)

Selangor

Penempatan Rejimen Siri 500: