Syarat & Pendaftaran Kerjaya
Syarat Kelayakan Menyertai
Pemohon wajib memenuhi kriteria kelayakan fizikal dan dokumentasi asas seperti di bawah sebelum layak dipanggil ke sesi temu duga/pemilihan rejimen tempatan:
-
Warganegara Malaysia
Mestilah pemegang MyKad Warganegara Malaysia (Lelaki atau Wanita).
-
Umur Kelayakan
Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh pendaftaran.
-
Kelayakan Akademik Kategori
Lain-Lain Pangkat (LLP): Minimum SPM (atau PT3/PMR bagi Rejimen Infantri Siri 500)
Pegawai Sukarela: Minimum Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau setaraf. -
Kriteria Kelayakan Fizikal
Tinggi minimum: 1.62m (Lelaki), 1.57m (Wanita).
Berat minimum: 47.5kg (Lelaki), 40.5kg (Wanita). -
Tahap Kesihatan & Mata
Mempunyai tahap kesihatan yang baik, tiada penyakit kronik, tiada buta warna, dan mempunyai penglihatan yang memuaskan.
Info Latihan Asas
Selepas lulus pemilihan, anggota akan mengikuti Latihan Perajurit Muda (sukarela) selama 30 hari secara berterusan atau secara berperingkat mengikut kesesuaian masa kelapangan masing-masing.