Bahagian Pasukan Simpanan (G8)
Bahagian Pasukan Simpanan (BPS - G8)
Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) ialah bahagian khusus di bawah Markas Tentera Darat (dikenali sebagai G8) yang bertanggungjawab untuk merancang dasar, melatih, menyelaras logistik, dan menguruskan pentadbiran seluruh Pasukan Simpanan Tentera Darat terutamanya Askar Wataniah.
Ditubuhkan pada asalnya sebagai Cawangan Askar Wataniah pada tahun 1959 di bawah Kolonel Yeop Mahidin. Seterusnya dinaik taraf menjadi Jabatanarah Askar Wataniah (JAW) pada tahun 1978, dan akhirnya distrukturkan semula menjadi Bahagian Pasukan Simpanan pada 1 Januari 1994 seiring dengan pemodenan Tentera Darat Malaysia.
Markas Bahagian Pasukan Simpanan
Markas Tentera Darat, Bahagian Pasukan Simpanan, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR.